Ayuh Meriahkan Ladies Night IPGKTB!!!

1:32 AM Edit This 0 Comments »

Assalamualaikum..Buat julung-julung kalinya HEWI akan menganjurkan Ladies Night di IPG KTB. Doakan moga segala urusan dipermudahkan dan majlis berjalan lancar..

sila klick link ini untuk video promo: Ladies night IPGKTB

Kusimpan Namanya disudut Hati

12:48 PM Edit This 0 Comments »





Kusimpan namanya disudut hati,

Demi sebuah keredhoan,

Ya Allah kuatkan hati ini,

Bantu kami bermujahadah,

Ya Rabb..

Bantu kami,hambaMu,

Yang mencari,

Sedang mencari,

Dan masih mencari,

erti cinta sejati..

Cinta dua insan yang dibatasi syariatMu,

tanpa digugat setitik bisikan nafsu,

yang ada hanyalah,

sebuah ketagihan cinta,

sebagai wadah menggapai cinta agungMu..

Ya Rahman...

Faqirnya kami,lemahnya kami,

sungguh tak terdaya,

segalanya milikMu,

kepadaMu segalanya dikembalikan..

Ya Muhaimeen,

Namun ku gusar..

dengan mujahadah ini,

apakah dia bisa setia,

apakah dia bisa menunggu,

apakah kami bisa tabah,

higga ke akhirnya...

Ya Rabbul Izzati,

Engkaulah pemilik segala hati,

peganglah hati-hati kami,

peliharalah hati-hati kami,

jagailah,bajailah dan siramilah hati-hati kami,

dengan cahaya keimanan kepadaMu..

Agar kami bisa terus bermujahadah,

hingga waktu menentukannya..

Ameen ya Rabb

~Wahai Saudariku yang ku Cinta...~

9:43 AM Edit This 0 Comments »
Untuk Saudariku Yang Ku Cinta KeranaNya..
Saudari, Kalian adalah tulang rusuk yang hilang ,
Jika kalian dalam penantian , maka
Jadikan penantian itu jalan menuju Keberkatan.
Menanti bukan bererti berdiam diri , atau
menunggu tanpa erti.


Kalian adalah bidadari yang di cari.
Sebelum pemilik tulang rusuk datang menjemput ,
Isilah masa penantianmu dengan Taqwa , Sabar , Doa , dan Tawakkal.
Al-Haya’ (malu) yang menjadi perisai bagimu akan membuatmu segan untuk mengungkap perasaan.
Cinta yang tak mampu kau ungkap..
Cinta yang hanya kau dakap dalam diam..

Kerana mungkin kau tak seberani KHADIJAH..

Izinkanku berdialog dari hati ke hati.

Saudariku, kamu mungkin jauh lebih paham tentang yang ingin saya sampaikan ,
Namun , tiada salahnya jika kita sama-sama mengimbasnya kembali ,
Atau setidaknya, menasihati dirikusendiri ..

Beberapa tips mengisi penantian dengan proses yang berkat untuk hasil yang berkat :

Sentiasa mendekatkan diri kepadaNya.
Taqarub Illalah! Kerana Dialah Sang Pemilik Hati , Yang Menguasai Hati dan Maha Tahu Segala Isi Hati.

Persiapkan bekal kerana perjalanan itu jauh.
Tholabul’ilmi never ending!

Percantik diri dengan mempercantik lahir dan batinmu.
Perbaiki diri kerana InsyaAllah di seberang sana dia pun sedang sibuk memperbaiki dirinya

Yakinlah…!! Bahawa Wanita yang baik hanya untuk Lelaki yang baik pula…

Saudariku… Jaga hijabmu agar sentiasa terpelihara..
Jaga Izzahmu kerana engkau adalah calon bidadari syurga.
Buatlah syair , puisi , atau surat cinta untuk sang belahan jiwa.
Curahkanlah segala perasaanmu selama dalam
penantian, tentang cinta dan rindu..
meskipun saat ini kau tak tahu untuk siapa suratmu kau tujukan.
Allah sedang merahsiakan…
Tapi , yakinlah.. Sang Sutradara Kehidupan sudah mempersiapkan yang terbaik untukmu..
Berikanlah surat itu apabila saat waktunya tiba..

Biarlah waktu yang bicara , kerana waktu tak pernah berdusta.
InsyaAllah, virus Cinta yang mencuba merosak komputer hati kamu semua di masa penantian ,
akan terscan oleh anti virus Iman dan syiar Cinta untuk dinanti..
Dan InsyaAllah pula,, ta’aruf kedua , ketiga , keempat dan ta’aruf – ta’aruf berikutnya di mahligai rumah tangga ,
akan semakin berbunga dengan adanya syiar-syiar indah perekat Cinta…

Jangan buat penantianmu sia-sia.

Sebelum ijab Qabul keluar dari Lisan ”Si Pemilik Cinta”‘ ,
hati-hatilah menempatkan perasaanmu,
kerana boleh jadi, Cintamu Salah Kau Alamatkan..!

Bila yakin telah tiba , teguhkan didalam jiwa,
Kesabaran menjadi bunga,
Sementara waktu berlalu,
Penantian tidak berakhir sia-sia…

Saat Perjalanan adalah pencarian diri,
Laksana Zulaikha menjalani hari,
Sabar menanti Yusuf sang tambatan Hati,
Di penantian Mencari diri,
Bermohonkan ampunan,
Di pertemukan…

Muslimat Pencetus Muslimin Betakwa ??

10:38 PM Edit This 0 Comments »
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Wanita itu punya kelembutan yang dikurniakan oleh Allah swt.

Oleh itu, pilihlah jalan berdasarkan akal untuk menggunakan kelembutan dan kasih sayang yang ada. Sama ada untuk melentur buluh mahupun mengeraskan besi sedia ada.

Percaya atau tidak, wanita lebih berkuasa dalam mendidik?

Wanita punya kuasa besar dalam memupuk sifat positif dalam diri kanak-kanak mahupun dewasa. Tapi sejauh manakah mereka menggunakan kuasa dan kelebihan ini kearah mardhatillah.

Asiyah zaujah firaun, isteri firaun.

Rata-rata sudah mengenal Asiyah isteri si kejam yang berperangai syaitan iaitu firaun.

Walaupun Asiyah bukanlah orang yang berjaya melentur Firaun supaya menjadi manusia yang beriman dan taat pada allah.

Tetapi atas kuasa wanitanya beliau mampu memujuk Firaun supaya menerima nabi musa sebagai anak angkat.

Sedangkan semua tahu pada waktu itu, semua kanak-kanak lelaki akan dibunuh sebaik sahaja dilahirkan kerana salah seorang ahli nujumnya bermimpi kerajaan gah Firaun akan jatuh ditangan seorang lelaki pada masa hadapan.

Mariam ibu nabi Isa

(Dengan izin Allah) Mariam ibu nabi Isa, sejarah menyaksikan bagaimana kecekalan seorang wanita menerima takdir Allah yang meniupkan roh seorang nabi ke dalam rahimnya walaupun beliau tidak pernah disentuh mana-mana lelaki sekalipun.

Tapi apakah yang berlaku ketika malaikat Jibril turun kebumi menemuinya di mihrab tempat beliau beribadat?

Beliau terima seadanya akan ujian dan takdir Allah buat kehidupannya.

Anda fikir sejenak.. Bagaimana beliau mendapat kekuatan untuk menerima takdir itu? Tidak lain dan tidak bukan hasil dan kesan kepercayaan penuh yang diberikan dirinya kepada Allah!

Zulaikha yang menggoda nabi Yusuf.

Masih ingat akan kisah yang diangkat darjatnya disisi Allah ini sehingga dinukilkan didalam al-quran kalamullah supaya menjadi pengajaran buat umat manusia?

Ya benar, Zulaikha isteri perdana menteri mesir satu ketika dahulu nan cantik rupawan yang jatuh hati pada nabi Yusuf yang mempunyai pakej lengkap seorang pemuda yang tampan lagi beriman.

Sehinggalah satu hari Zulaikha telah merayu Yusuf untuk melakukan perkara yang terkutuk disisi Allah. Yusuf yang mempunyai tingkat darjat taqwa yang tinggi disisi allah telah menolak ajakan keji itu.

Baiklah , jadi untuk apa saya nukikan kembali kisah diatas disini? Adakah saya mahu memberitahu anda bahawa wanita-wanita diatas merupakan mereka-mereka yang ditulis namanya didalam al quran?

Tentu tidak! Lihat kembali kisah di atas.

Dua kisah wanita beriman yang takutkan Allah dan 1 wanita yang berani membelakangi Allah dan berniat melakukan perkara yang hina disisi Allah.

Analisisnya mudah, semua wanita diberi kuasa dalam menilai samada perkara tersebut baik atau buruk buat dirinya.

Tetapi, apa yang ingin saya simpulkan berdasarkan kisah-kisah diatas adalah berkenaan wanita mempunyai kuasa yang hebat dalam melakukan sesuatu perkara tidak kira perkara positif atau negatif. Wanita yang secekal Asiyah dan Mariam selayaknya diangkat darjatnya diakhirat.

Bayangkan apa yang berlaku dengan kecekalan dan sikap kuat beribadat yang dilakukan Mariam? Akhirnya dari perutnya lahirlah seorang nabi yang bakal meneruskan mata rantai perjuangan dakwah di bumi allah.

Sangat perlu untuk kita lihat perkara ini sebagai satu penghormatan buat Mariam yakni wanita yang hidupnya hanya untuk Allah!

Kembali kepada Zulaikha isteri perdana menteri mesir satu ketika dahulu yang telah nekad melakukan perbuatan terkutuk bersama Yusuf tapi ditolak mentah-mentah oleh si pemuda berpakej iman dan akhlak itu.

Ya, masih lagi berkisarkan seorang wanita.

Tapi bukan pada jalan kebaikan bahkan kejahatan. Adakah pada waktu itu Zulaikha tidak dikurniakan aqal untuk berfikir?

Tentu tidak! Tetapi atas dorongan nafsu beiau terpedaya dengan ajakan syaitan yang dilaknat Allah.

Nah, terang bukan bahawa wanita itu merupakan pencetus kepada muslimin bertaqwa mahupun bukan.

Jika si ibu merupakan seorang pejuang, maka tak lain zuriat yang dilahirkan bakal menjadi seoang pejuang juga.

Tetapi jika si ibu memilih jalan terkutuk untukmeneruskan kehidupan maka belum tentu anak yang dilahirkan itu bakal menjadi manusia yang berakhlak mulia ( dengan izin allah).

Oleh itu wanita diluar sana... Pilihlah jalan hidup anda secara berhati-hati! Jalan dan terhantuk baru nak terngadah.