~Bidadari Berselawat~

9:42 AM Edit This 0 Comments »


Assalamualaikum..sahabat2 yang dirahmati Allah dan dikasihi Nabi (^_^) alhamdulillah. Bidadari Berselawat telah kembali buat julung-julung kalinya. mari kita meriahkan Bidadari Berselawat yang akan diadakan pada hari khamis neh di bilik tv blok gemilang. (^_^) ayuh lantunkan rasa rindu dan cinta itu kepada baginda Nabi Muhammad SAW. InsyaAllah.

Tentatif:

Pukul 9mlm: berkumpul
: kata alu-aluan
: qasidah
: bersurai


semua MUSLIMAT dijemput hadir.sama-sama sebarkan ya. insyaAllah.

" Qasidah Manifestasi Cinta Kita"

SEBARKAN BAHAGIA (^_^)

4:43 PM Edit This 0 Comments »

~klik pada gambar untuk view yang lebih besar~

madah untuk wanita

12:29 AM Edit This 0 Comments »

Daripada Imam Ahmad dan Imam Muslim drpd Umar r.a,Rasulullah saw bersabda:'bermula dunia ini adalah kesukaan dan keseronokan dan sebaik-baik kesukaan itu ialah perempuan yang solehah'

seindah hiasan adalah wanita solehah
Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasa di dunia ini,
Keayuan wanita solehah itu…


Tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah…
Tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu…
Bukan pada kemanisan bicaranya yang menggoncang iman para muslimin…
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermian lidah…
Memujuk rayu…
Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah…
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain…
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama,
Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata
yang menyeri alam…
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu
serta pandangan dari segala aspek…
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk dinilai,
Wahai wanita… jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerana satu hari nanti ianya akan lapuk ditelan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri kita bersih dan sentiasa mendapat rahmat Ilahi,
Wahai wanita… jangan dibanggak dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
Kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu,
Wahai wanita… jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah… jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya parasnya,
Bersyukurlah atas apa yg ada…
Serta berusaha demi keluarga, bangsa, dan agama,
Salam perjuangan untuk sahabatku…
-WANITA SOLEHAH-
“Wanita hiasan dunia… Seindah hiasan adalah wanita solehah”

Nabi Sulaiman dan Seekor Semut

11:42 PM Edit This 0 Comments »



Kerajaan Nabi Sulaiman AS dikala itu sedang mengalami musim kering yang begitu panjang. Lama sudah hujan tidak turun membasahi bumi. Kekeringan melanda di mana-mana. Baginda Sulaiman AS mulai didatangi oleh ummatnya untuk meminta pertolongan dan memintanya memohon kepada Allah SWT agar menurunkan hujan untuk membasahi kebun-kebun dan sungai-sungai mereka.

Baginda Sulaiman AS kemudian memerintahkan satu rombongan besar pengikutnya yang terdiri dari bangsa jin dan manusia berkumpul di lapangan untuk berdo'a memohon kepada Allah SWT agar musim kering segera berakhir dan hujan segera turun.


Sesampainya mereka di lapangan Baginda Sulaiman AS melihat seekor semut kecil berada di atas sebuah batu. Semut itu berbaring kepanasan dan kehausan. Baginda Sulaiman AS kemudian mendengar sang semut mulai berdo'a memohon kepada Allah SWT menunaikan segala hajat seluruh makhluk-Nya.

"Ya Allah pemilik segala khazanah, aku berhajat sepenuhnya kepada-Mu, Aku berhajat akan air-Mu, tanpa air-Mu ya Allah aku akan kehausan dan kami semua kekeringan. Ya Allah aku berhajat sepenuhnya pada-Mu akan air-Mu, kabulkanlah permohonanku", do'a sang semut kepada Allah SWT.

Mendengar do'a si semut maka Baginda Sulaiman AS kemudian segera memerintahkan rombongannya untuk kembali pulang ke kerajaan sambil berkata pada mereka, "kita segera pulang, sebentar lagi Allah SWT akan menurunkan hujan-Nya kepada kalian. Allah SWT telah mengabulkan permohonan seekor semut". Kemudian Baginda Sulaiman dan rombongannya pulang kembali ke kerajaanya.

Ayuh Meriahkan Ladies Night IPGKTB!!!

1:32 AM Edit This 0 Comments »

Assalamualaikum..Buat julung-julung kalinya HEWI akan menganjurkan Ladies Night di IPG KTB. Doakan moga segala urusan dipermudahkan dan majlis berjalan lancar..

sila klick link ini untuk video promo: Ladies night IPGKTB

Kusimpan Namanya disudut Hati

12:48 PM Edit This 0 Comments »





Kusimpan namanya disudut hati,

Demi sebuah keredhoan,

Ya Allah kuatkan hati ini,

Bantu kami bermujahadah,

Ya Rabb..

Bantu kami,hambaMu,

Yang mencari,

Sedang mencari,

Dan masih mencari,

erti cinta sejati..

Cinta dua insan yang dibatasi syariatMu,

tanpa digugat setitik bisikan nafsu,

yang ada hanyalah,

sebuah ketagihan cinta,

sebagai wadah menggapai cinta agungMu..

Ya Rahman...

Faqirnya kami,lemahnya kami,

sungguh tak terdaya,

segalanya milikMu,

kepadaMu segalanya dikembalikan..

Ya Muhaimeen,

Namun ku gusar..

dengan mujahadah ini,

apakah dia bisa setia,

apakah dia bisa menunggu,

apakah kami bisa tabah,

higga ke akhirnya...

Ya Rabbul Izzati,

Engkaulah pemilik segala hati,

peganglah hati-hati kami,

peliharalah hati-hati kami,

jagailah,bajailah dan siramilah hati-hati kami,

dengan cahaya keimanan kepadaMu..

Agar kami bisa terus bermujahadah,

hingga waktu menentukannya..

Ameen ya Rabb

~Wahai Saudariku yang ku Cinta...~

9:43 AM Edit This 0 Comments »
Untuk Saudariku Yang Ku Cinta KeranaNya..
Saudari, Kalian adalah tulang rusuk yang hilang ,
Jika kalian dalam penantian , maka
Jadikan penantian itu jalan menuju Keberkatan.
Menanti bukan bererti berdiam diri , atau
menunggu tanpa erti.


Kalian adalah bidadari yang di cari.
Sebelum pemilik tulang rusuk datang menjemput ,
Isilah masa penantianmu dengan Taqwa , Sabar , Doa , dan Tawakkal.
Al-Haya’ (malu) yang menjadi perisai bagimu akan membuatmu segan untuk mengungkap perasaan.
Cinta yang tak mampu kau ungkap..
Cinta yang hanya kau dakap dalam diam..

Kerana mungkin kau tak seberani KHADIJAH..

Izinkanku berdialog dari hati ke hati.

Saudariku, kamu mungkin jauh lebih paham tentang yang ingin saya sampaikan ,
Namun , tiada salahnya jika kita sama-sama mengimbasnya kembali ,
Atau setidaknya, menasihati dirikusendiri ..

Beberapa tips mengisi penantian dengan proses yang berkat untuk hasil yang berkat :

Sentiasa mendekatkan diri kepadaNya.
Taqarub Illalah! Kerana Dialah Sang Pemilik Hati , Yang Menguasai Hati dan Maha Tahu Segala Isi Hati.

Persiapkan bekal kerana perjalanan itu jauh.
Tholabul’ilmi never ending!

Percantik diri dengan mempercantik lahir dan batinmu.
Perbaiki diri kerana InsyaAllah di seberang sana dia pun sedang sibuk memperbaiki dirinya

Yakinlah…!! Bahawa Wanita yang baik hanya untuk Lelaki yang baik pula…

Saudariku… Jaga hijabmu agar sentiasa terpelihara..
Jaga Izzahmu kerana engkau adalah calon bidadari syurga.
Buatlah syair , puisi , atau surat cinta untuk sang belahan jiwa.
Curahkanlah segala perasaanmu selama dalam
penantian, tentang cinta dan rindu..
meskipun saat ini kau tak tahu untuk siapa suratmu kau tujukan.
Allah sedang merahsiakan…
Tapi , yakinlah.. Sang Sutradara Kehidupan sudah mempersiapkan yang terbaik untukmu..
Berikanlah surat itu apabila saat waktunya tiba..

Biarlah waktu yang bicara , kerana waktu tak pernah berdusta.
InsyaAllah, virus Cinta yang mencuba merosak komputer hati kamu semua di masa penantian ,
akan terscan oleh anti virus Iman dan syiar Cinta untuk dinanti..
Dan InsyaAllah pula,, ta’aruf kedua , ketiga , keempat dan ta’aruf – ta’aruf berikutnya di mahligai rumah tangga ,
akan semakin berbunga dengan adanya syiar-syiar indah perekat Cinta…

Jangan buat penantianmu sia-sia.

Sebelum ijab Qabul keluar dari Lisan ”Si Pemilik Cinta”‘ ,
hati-hatilah menempatkan perasaanmu,
kerana boleh jadi, Cintamu Salah Kau Alamatkan..!

Bila yakin telah tiba , teguhkan didalam jiwa,
Kesabaran menjadi bunga,
Sementara waktu berlalu,
Penantian tidak berakhir sia-sia…

Saat Perjalanan adalah pencarian diri,
Laksana Zulaikha menjalani hari,
Sabar menanti Yusuf sang tambatan Hati,
Di penantian Mencari diri,
Bermohonkan ampunan,
Di pertemukan…

Muslimat Pencetus Muslimin Betakwa ??

10:38 PM Edit This 0 Comments »
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Wanita itu punya kelembutan yang dikurniakan oleh Allah swt.

Oleh itu, pilihlah jalan berdasarkan akal untuk menggunakan kelembutan dan kasih sayang yang ada. Sama ada untuk melentur buluh mahupun mengeraskan besi sedia ada.

Percaya atau tidak, wanita lebih berkuasa dalam mendidik?

Wanita punya kuasa besar dalam memupuk sifat positif dalam diri kanak-kanak mahupun dewasa. Tapi sejauh manakah mereka menggunakan kuasa dan kelebihan ini kearah mardhatillah.

Asiyah zaujah firaun, isteri firaun.

Rata-rata sudah mengenal Asiyah isteri si kejam yang berperangai syaitan iaitu firaun.

Walaupun Asiyah bukanlah orang yang berjaya melentur Firaun supaya menjadi manusia yang beriman dan taat pada allah.

Tetapi atas kuasa wanitanya beliau mampu memujuk Firaun supaya menerima nabi musa sebagai anak angkat.

Sedangkan semua tahu pada waktu itu, semua kanak-kanak lelaki akan dibunuh sebaik sahaja dilahirkan kerana salah seorang ahli nujumnya bermimpi kerajaan gah Firaun akan jatuh ditangan seorang lelaki pada masa hadapan.

Mariam ibu nabi Isa

(Dengan izin Allah) Mariam ibu nabi Isa, sejarah menyaksikan bagaimana kecekalan seorang wanita menerima takdir Allah yang meniupkan roh seorang nabi ke dalam rahimnya walaupun beliau tidak pernah disentuh mana-mana lelaki sekalipun.

Tapi apakah yang berlaku ketika malaikat Jibril turun kebumi menemuinya di mihrab tempat beliau beribadat?

Beliau terima seadanya akan ujian dan takdir Allah buat kehidupannya.

Anda fikir sejenak.. Bagaimana beliau mendapat kekuatan untuk menerima takdir itu? Tidak lain dan tidak bukan hasil dan kesan kepercayaan penuh yang diberikan dirinya kepada Allah!

Zulaikha yang menggoda nabi Yusuf.

Masih ingat akan kisah yang diangkat darjatnya disisi Allah ini sehingga dinukilkan didalam al-quran kalamullah supaya menjadi pengajaran buat umat manusia?

Ya benar, Zulaikha isteri perdana menteri mesir satu ketika dahulu nan cantik rupawan yang jatuh hati pada nabi Yusuf yang mempunyai pakej lengkap seorang pemuda yang tampan lagi beriman.

Sehinggalah satu hari Zulaikha telah merayu Yusuf untuk melakukan perkara yang terkutuk disisi Allah. Yusuf yang mempunyai tingkat darjat taqwa yang tinggi disisi allah telah menolak ajakan keji itu.

Baiklah , jadi untuk apa saya nukikan kembali kisah diatas disini? Adakah saya mahu memberitahu anda bahawa wanita-wanita diatas merupakan mereka-mereka yang ditulis namanya didalam al quran?

Tentu tidak! Lihat kembali kisah di atas.

Dua kisah wanita beriman yang takutkan Allah dan 1 wanita yang berani membelakangi Allah dan berniat melakukan perkara yang hina disisi Allah.

Analisisnya mudah, semua wanita diberi kuasa dalam menilai samada perkara tersebut baik atau buruk buat dirinya.

Tetapi, apa yang ingin saya simpulkan berdasarkan kisah-kisah diatas adalah berkenaan wanita mempunyai kuasa yang hebat dalam melakukan sesuatu perkara tidak kira perkara positif atau negatif. Wanita yang secekal Asiyah dan Mariam selayaknya diangkat darjatnya diakhirat.

Bayangkan apa yang berlaku dengan kecekalan dan sikap kuat beribadat yang dilakukan Mariam? Akhirnya dari perutnya lahirlah seorang nabi yang bakal meneruskan mata rantai perjuangan dakwah di bumi allah.

Sangat perlu untuk kita lihat perkara ini sebagai satu penghormatan buat Mariam yakni wanita yang hidupnya hanya untuk Allah!

Kembali kepada Zulaikha isteri perdana menteri mesir satu ketika dahulu yang telah nekad melakukan perbuatan terkutuk bersama Yusuf tapi ditolak mentah-mentah oleh si pemuda berpakej iman dan akhlak itu.

Ya, masih lagi berkisarkan seorang wanita.

Tapi bukan pada jalan kebaikan bahkan kejahatan. Adakah pada waktu itu Zulaikha tidak dikurniakan aqal untuk berfikir?

Tentu tidak! Tetapi atas dorongan nafsu beiau terpedaya dengan ajakan syaitan yang dilaknat Allah.

Nah, terang bukan bahawa wanita itu merupakan pencetus kepada muslimin bertaqwa mahupun bukan.

Jika si ibu merupakan seorang pejuang, maka tak lain zuriat yang dilahirkan bakal menjadi seoang pejuang juga.

Tetapi jika si ibu memilih jalan terkutuk untukmeneruskan kehidupan maka belum tentu anak yang dilahirkan itu bakal menjadi manusia yang berakhlak mulia ( dengan izin allah).

Oleh itu wanita diluar sana... Pilihlah jalan hidup anda secara berhati-hati! Jalan dan terhantuk baru nak terngadah.


~:: Surat Cinta Untuk Jiwa ::~

11:02 AM Edit This 0 Comments »

Assalamu'alaikum wbt..
-suatu perkongsian-moga dpt menghidupkan hati2 yg lesu dan layu..moga diteguhkan iman hingga saat kita bertemu dgnNy..amiin Ya Rabb

surat cinta untuk jiwa..

Surat ini ku tujukan untuk diriku sendiri
serta sahabat-sahabat tercintaku
yang insyaAllah tetap mencintai Allah dan Rasul-Nya di atas segalany, kerana hanya cinta itu yang dapat mengalahkan segalanya, cinta hakiki yang membuat manusia melihat segalanya dari sudut pandangan yang berbeza,
lebih bermakna dan indah..

Surat ini ku tujukan untuk hatiku
dan hati sahabat-sahabat tercintaku
yang kerap kali terisi oleh cinta selain dari-Nya,
yang mudah sekali terlena oleh indahnya dunia,
yang terkadang melakukan segalanya bukan kerana-Nya,
lalu di ruang hatinya yang kelam merasa senang
jika dilihat dan dipuji orang,
entah di mana keikhlasannya.
Maka saat merasakan kekecewaan dan kelelahan
kerana perkara yang dilakukan tidak sepenuhnya berlandaskan keikhlasan, padahal Allah tidak pernah menanyakan hasil.
Dia akan melihat kesungguhan dalam berproses..

Surat ini ku tujukan pula untuk jiwaku
serta jiwa sahabat-sahabat tercintaku
yang mulai lelah menapak jalan-Nya
ketika seringkali mengeluh, merasa dibebani
bahkan terpaksa untuk menjalankan tugas yang sangat mulia. Padahal tiada kesakitan, kelelahan serta kepayahan yang dirasakan oleh seorang hamba
melainkan Allah akan mengampuni dosa-dosanya..

Surat ini ku tujukan untuk ruh-ku
dan ruh sahabat-sahabat tercintaku
yang mulai terkikis oleh dunia yang menipu,
serta membiarkan fitrahnya tertutup oleh maksiat yang dinikmati, lalu di manakah kejujuran diletakkan?
Dan kini terabailah sudah nurani yang bersih,
saat ibadah hanyalah sebagai rutin belaka,
saat jasmani dan fikiran disibukkan oleh dunia,
saat wajah menampakkan kebahagiaan yang penuh kepalsuan.
Cuba lihat disana!
Hatimu menangis dan meranakah?..

Surat ini ku tujukan untuk diriku
dan diri sahabat-sahabat tercintaku yang sombong,
yang terkadang bangga pada dirinya sendiri.
Sungguh tiada satu pun yang membuat kita lebih di hadapan-Nya selain ketakwaan..
Padahal kita menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan merasakan mati, namun kita masih bergelut terus dengan kefanaan..

Surat ini ku tujukan untuk hatiku
dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang mulai mati,
saat tiada getar ketika asma Allah disebut,
saat tiada sesal ketika kebaikan berlalu begitu sahaja,
saat tiada rasa takut pada-Nya ketika maksiat dilakukan,
dan tiada merasa berdosa ketika menzalimi diri sendiri dan orang lain..

Akhirnya surat ini ku tujukan untuk jiwa yang masih memiliki cahaya..
meskipun sedikit, jangan biarkan cahaya itu padam.
Maka terus kumpulkan cahaya itu hingga ia dapat menerangi wajah-wajah di sekeliling, memberikan keindahan Islam, yang sesungguhnya hanya dengan kekuatan dari-Nya, "Ya..Allah yang maha membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini pada agama-MU, pada taat kepada-Mu dan dakwah di jalan-Mu"..

“Alaah! Perempuan Pakai Tudung Tapi Perangai Buruk Nak Buat Apa!”

2:54 PM Edit This 0 Comments »

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Kebanyakan wanita bertudung atau yang sentiasa berusaha menjaga auratnya sering menghadapi perlian seperti di atas. Maka berikut adalah beberapa jawaban saya yang mungkin dapat membantu rakan-rakan muslimah bagi menjawab perlian tersebut. Saya letakkan dalam bentuk point supaya lebih mudah dan kelihatan ringkas.

1 – Kebaikan seseorang tidaklah dinilai berdasarkan akhlak, perangai, mahupun dressing semata-mata. Tapi, dinilai bermula dari dasar akidah dan keimanan seseorang itu kepada Allah. Dinilai mengikut seberapa usaha untuk mereka taat kepada Allah. Inilah aspek pertama yang sewajarnya kita tanamkan dalam diri masing-masing yang mengaku sebagai muslim.

2 – Suruhan pemakaian tudung dan menutup aurat bukanlah untuk fesyen atau suka-suka. Tapi adalah kerana ianya merupakan perintah Allah. Berakhlak baik juga merupakan suruhan dan tuntutan sebagai muslim. Tidak kira siapa saja insan yang bergelar muslim, maka dia wajib menutup aurat seperti yang diperintahkan dan berusaha memiliki akhlak yang baik.

3 – Setiap muslim itu tidak terlepas dari setiap kewajibannya. Biarpun anda seorang pembunuh, perompak, penyamun, penzina, mahupun kaki lepak. Anda sebenarnya tidak pernah terlepas untuk menunaikan kewajiban bersolat! Sekiranya anda telah sah muslim. Jangan ingat andai anda seorang yang jahat, maka anda terlepas dari kewajiban solat? Sungguh tidak sama sekali. Jika anda jahat (eg. Pembunuh, perompak sekalipun, anda tetap wajib jalankan perintah Allah, bahkan wajib segera tinggalkan kejahatan anda tersebut. Begitu jugalah dengan kewajiban bertudung! Biarpun anda seorang yang jahat dalam hal yang lain, jangan ingat anda patut tinggalkan penutupan aurat. Anda tidak pernah terlepas dari kewajiban itu, walaupun anda menganggap diri anda masih tidak layak bertudung… sungguh, itu semua hanya imaginasi sampah anda sahaja.

4 – Perangai yang tidak baik adalah kesalahan. Tidak menutup Aurat juga satu kesalahan. Jika anda tinggal dua-dua (tutup aurat dan berakhlak baik), anda telah lakukan dua kesalahan. Jadi, berusahalah untuk lakukan dua-dua.

5 – Mereka yang mengatakan statement “Alaah! Perempuan Pakai Tudung Pun Perangai Buruk!”, Sebenarnya, akhlak andalah yang rosak. Malahan ditambah dengan satu lagi kerosakan, iaitu kerosakan minda dan jiwa. Anda sebenarnya telah memperlekehkan hukum Allah. Anda juga telah memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan kalimat keji seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?! Kenapa anda mencerca insan yang berusaha untuk memakai pakaian yang disarankan oleh Allah? Apakah pakaian anda sudah lebih baik berbanding apa yang telah Allah tetapkan? Anda mahu lawan Tuhan?

6 – Penilaian baik dan buruk, atau cantik dan tidak cantik… semuanya adalah tidak muktamad pada kacamata hati dan fikiran manusia. Tetapi, ia mestilah berpandukan kepada petunjuk Allah dan Rasul-Nya. Kita tiada hak sedikitpun dalam menetapkan syari’at2 tertentu di dalam agama dan kehidupan ini. Bahkan, kitalah yang wajib menundukkan hati kita kepada-Nya. Allah berhak menetapkan segalanya. Allah juga sebenarnya telah amat banyak memberikan kelongaran kepada kita. Namun, kebanyakan manusia itu sahaja yang sememang tabiatnya gemar melampaui batas. Berbahagialah kepada sesiapa yang berusaha sedaya upaya dalam mentaati Allah.

7 – Adakah, manusia yang gagal dalam sesuatu ketaatan itu wajar meninggalkan ketaatan yang lainnya juga? Adakah manusia yang bergelar pembunuh itu wajar meninggalkan solatnya? Adakah insan yang belum sempurna akhlaknya itu tidak sepatutnya menutup aurat? Adakah mereka orang yang tidak cukup puasanya itu tidak perlu membayar zakat? Saya katakan… anda siapa untuk mengatakan mereka tidak layak? Bahkan, solat itu tuntutan ke atas seluruh umat Islam. Begitu juga penutupan aurat.

8 – Sewajarnya, dalam keadaan seperti ini… kita sewajarnya saling nasihat-menasihati. Agar dapat menambahkan kesempurnaan diri dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Melainkan ada kerosakan di dalam hati dan jiwanya, pasti tindakannya hanya mahu memberontak dan tidak senang dengan orang lain dan terhadap apa yang diturunkan oleh Allah kepada-Nya. Ketahuilah, wujudkah manusia yang benar-benar sempurna?

Ayuh, bersegeralah kita kepada syurga Allah. Burulah redha Allah dengan ilmu yang sahih!

"Sesiapa yang memakai pakaian demi kemasyhuran, maka Allah akan memakaikannya pada hari Qiamat yang semisal, kemudian membakarnya dengan api neraka (Sunan Abu Daud: 4029. Di-nilai hasan oleh al-Albani)

“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (al-A’raaf 7: 26)

~Ciri-ciri Muslimah Idaman Mukminin~

2:45 PM Edit This 0 Comments »

T Taat pada suami

A Allah diutamakan

Q Quran di junjung

W Wanita solehah

A Amanah tunai tanggungjawab


T Tunjuk kasih sayang

A Anak pandai dididik

A Akhlak mulia

T Tutup keaiban suami



S Solat dijaga

O Org tua dihormati

P Puasa dikerjakan

A Aurat di pelihara

N Nabi dicontohi

~Pucuk PimPiNan HEWI 2011/2012~

1:08 AM Edit This 0 Comments »

PENGERUSI
FAIRUZAH BT M.NASHIHIN
3 PISMP PA 1

TIMBALAN PENGERUSI
SHARIFAH ASMA FASYIHAH BT SAID OMAR
1 PISMP PSV

SETIAUSAHA
NURUL SHANIZA BT KHAIRUDIN
1 PISMP BM 2

BENDAHARI
ANIS BT NASRI
2 PPISMP MAT 2

AJK
NUR FARHAN BT MOHD SALLEH
3 PISMP PA 1

NUR FARAH HANI BT MUHD SUBHI
3 PISMP PA 1

AMALIAH BINTI AZIZ
1 PISMP PSV

WAN SUFIYYAH BINTI WAN ZULKIPLI
1 PISMP TESL

Aktiviti HEWI sepanjang 2010

12:07 AM Edit This 0 Comments »