~ TeRus MeNGorak LaNGkaH ~

6:22 PM Edit This 0 Comments »
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah...pertama dan selamanya marilah kita panjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana masih di pilih antara hambaNya untuk terus menikmati nikmat iman dan islam kurnianNya. Selawat dan salam buat Rasulullah SAW yang dirindui, para sahabat, ahli keluarga baginda dan seterusnya tabi'-tabi'in.

Sebagaimana yang kalian sedia maklum, HEWI baru sahaja ditubuhkan. Jadi, tidak mustahil jika ada dalam kalangan guru pelatih di IPG Kampus Tuanku Bainun yang masih tidak mengenali atau mengetahui akan kewujudan HEWI.

Atas kesedaran itulah, blog ini dibina agar HEWI lebih dikenali dan seterusnya melicinkan lagi gerak kerja HEWI pada masa akan datang. Selain itu, sebarang perkongsian atau sebarang komen mahupun cadangan adalah amat dialu-alukan. Sehubungan dengan itu kalian boleh menghubungi kami di hewi_bks@hotmail.my. Kalian juga boleh add kami di ym kalian, khasnya kepada guru pelatih muslimah di IPG Kampus Tuanku bainun dan amnya muslimah-muslimah lainya walau di mana jua kalian berada.

Buat pertama kalinya, HEWI sekali lagi mengorak langkah terus ke hadapan. HEWI dengan penuh rasa tanggungjawab terus kemas bergerak selangkah demi selangkah dalam usaha menjana fikrah insani, menjulang izzah islami.


Ya, baru-baru ini kami telah mengedarkan sehelai warkah berharga buat setiap kelas guru pelatih muslim di IPG Kampus Tuanku Bainun. Dan sasaran kami tentunya guru pelatih muslimah. Kehadiran warkah tersebut adalah bertujuan untuk memberi ruang dan peluang kepada semua guru pelatih muslimah di IPG Kampus Tuanku Bainun menyatakan cadangan aktiviti dan program yang mereka harapkan daripada HEWI. Ala, wat survey la senang citer..hee

Alhamdulillah, kami dapat respon yang sangat baik. Banyak cadangan aktiviti yang telah kami terima. Tetapi tidak semua cadangan-cadangan tersebut akan kami laksanakan. Namun, majoriti daripadanya akan kami usahakan. InsyaAllah...

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua guru pelatih muslimah di IPG Kampus Tuanku Bainun yang telah memberi kerjasama dan juga sokongan kepada HEWI dengan memberikan usul-usul yang sangat bernas. Ketahuilah, sesungguhnya sokongan daripada kalian amat kami hargai.

oleh Pengerusi Hewi,
14 Februari 2010/ 29 Safar 1431.

0 comments: