~ Doa Seorang Wanita ~

11:36 PM Edit This 0 Comments »

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

YA RABBI...

Aku berdoa untuk seorang lelaki, yang akan menjadi sebahagian daripada hidupku.

Seorang lelaki yang sungguhmencintai-MUlebih dari segala sesuatu.

Seorang lelaki yang akan meletakkanku pada kedudukan kedua di hatinya setelah Engkau.

Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapiuntuk-MU.

Seorang lelaki yang mempunyai sekeping hati yang sungguh mencintai dan dahaga akan Engkau dan memiliki keinginan untuk menauladani sifat-sifat agung-Mu.

Seorang lelaki yang mengetahui bagi siapa dan untuk apa dia hidup, sehingga hidupnya tidaklah sia-sia.

Seorang lelaki yang memiliki hati yang bijak bukan hanya sekadar otak yang cerdas.

Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku tetapi juga menghormati aku.

Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku tetapi dapat juga menasihati ketika aku berbuat salah.

Seorang lelaki yang mencintaiku bukan kerana kecantikanku tetapi kerana hatiku.

Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam tiap waktu dan situasi.

Seorang lelaki yang dapat membuatku berasa sebagai seorang wanita ketika berada di sisinya.

Seorang lelaki yang memerlukan sokonganku sebagai peneguhnya.

Seorang lelaki yang memerlukan doaku untuk kehidupannya.

Seorang lelaki yang memerlukan senyumanku untuk mengatasi kesedihannya.

Seorang lelaki yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna.


Dan aku juga meminta...


Buatlah aku menjadi seorang perempuan yang dapat membuat lelaki itu bangga.

Berikan aku sekeping hati yang sungguhmencintai-MU,sehingga aku dapat mencintainya dengancinta-MU,bukan mencintainya dengan sekadar cintaku.

Berikanlahsifat-MUyang lembut sehingga kecantikanku datang dari-MU bukan dari luar diriku.

Berilah akutangan-MUsehingga aku selalu mampu berdoa untuknya.

Berikanlah akupenglihatan-MUsehingga aku dapat melihat banyak hal baik dalam dirinya dan bukan hal buruk saja.

Berikan akumulut-MUyang penuh dengan kata-katakebijaksanaan-MUdan pemberi semangat, sehingga aku dapat mendukungnya setiap hari, dan aku dapat tersenyum padanya setiap pagi.

Dan bilamana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakaan,''Betapa besarnya Engkau kerana telah memberikan kepadaku seseorang yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna.''

Aku mengetahui bahawa Engkau menginginkan kami bertemu pada waktu yang tepat dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang Kau tentukan.

15 Ciri Wanita Syurga

8:37 AM Edit This 0 Comments »

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah..setelah lama tak update blog HEWI ni..hari ini Allah Menggerakkan hatiku untuk mengaktifkannya semula... Maaf ku pohon daripada kalian kerana membiarkan blog ini kosong tanpa perkongsian tuk sekian lamanya...

Syurga adalah impian setiap orang Islam. Namun, syurga itu harganya sangat mahal. Hari ini ku ingin kongsikan bersama kalian 15 ciri wanita syurga... Bacalah, hayati
dan ayuh berusaha ke arahnya...

1. Bertakwa.

2. Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.

3. Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.

4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.

5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

6. Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama orang dan sentiasa berdoa kepada Allah.

7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.

9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.

10. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.

11. Menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).

13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

14. Berbakti kepada kedua-dua orang tua.

15. Menyambung silaturahim dengan keluarganya, sahabat terdekat dan jauh.

Sumber : iluvislam.com

RemaJa TerJebaK BeRpaKaiaN HalaL @ HaraM

9:49 PM Edit This 0 Comments »

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

HARI ini nak pakai baju mana ya? Ini soalan yang kita biasa tanya diri kita jika nak keluar bekerja, membeli-belah, menziarahi seseorang dan majlis tertentu, sama ada lelaki atau perempuan, remaja atau yang berusia.

Biasanya kita memilih pakaian yang paling kita suka. Dalam Islam ketika memilih pakaian, kita ada identiti tersendiri.

Semuanya kena ambil kira, soal fiqah dan syariat. Sebab pakaian yang kita pakai sangat kuat terikat dengan keyakinan dan iman dalam hati kita. Malah, pakaian adalah lambang keimanan.

Sebabnya Allah sudah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali (sebagai perempuan yang baik) maka dengan ini mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi." (al-Ahzab: 59)

Rupanya soal pakaian ada disebut kod dan etikanya dan panduan ini mesti diikuti semua Muslimah.

Berpakaian tak boleh ikut suka kita saja sebab kita hamba Tuhan. Sebagai hamba kena ikut tauke dan kalau tidak ikut juga dah kira lawan tauke.
Kali ini saya ingin menyentuh mengenai pakaian remaja yang nampaknya sudah tidak mengikut kod dan etika al-Quran.

Adik-adik remaja di luar sana sudah tidak menghiraukan lagi halal haram dalam pemakaian, asalkan mereka nampak bergaya, menarik, selesa 'kononnya' dan mengikut gaya fesyen terkini.

Selain pakaian yang jelas menjolok mata, ramai juga di kalangan remaja kita yang berpakaian '2H' iaitu 'Halal' tetapi 'Haram'.

Ini amat ketara jika kita perhatikan di sekeliling kita, ramai remaja yang bertudung. Apabila sekali lihat, memang nampak mereka menutup aurat.

Bagaimanapun, jika diperhatikan, ramai di kalangan mereka yang berpakaian ketat dan tidak kurang yang berlengan pendek. Pakaian lengan 'three quarter' (tiga perempat) paling glamor dan popular di kalangan remaja bertudung.

Suatu ketika dahulu, pakaian sedemikian begitu mengaibkan dan memalukan, namun kini seolah-olah ia menjadi pakaian yang dialu-alukan.

Mana tidaknya, pakaian sedemikian banyak bersangkutan dan berampaian di gedung pakaian di negara kita ini. Pelbagai fesyen baru hadir bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Terdapat juga pakaian bersaiz kecil sehingga tidak keterlaluan jika kita katakan sekarang begitu sukar untuk membezakan antara pakaian kanak-kanak dan remaja.

Sebilangan daripada remaja kita juga lupa atau tidak tahu jantina mereka sendiri sehingga si lelaki memakai pakaian perempuan, sementara perempuan pula sebaliknya.

Ustaz harap adik-adik remaja berhentilah daripada kebiasaan ini kerana dilaknat Allah. Ini jelas dinyatakan dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki."

Ada pula yang berkata: "Berpakaian menutup aurat dan bertudung, nanti tak cantik." Siapa kata tak cantik kalau bertudung, bahkan kelihatan manis, beradab, bersih dan ada gaya tersendiri, sekali gus membezakan antara Muslimah dan bukan Islam.

Ada pula yang berkata, rambut adalah 'mahkota', jadi kenalah tunjuk. Kata-kata itu sangat tidak betul kerana jika rambut mahkota, kenalah simpan baik-baik.

Mengapa kena simpan? Ini kerana raja dan permaisuri pun hanya pakai mahkota di tempat tertentu saja, tak dibawanya ke pasar, kelab malam, padang dan lain-lain tempat, malah di tempat tertentu dan orang tertentu sahaja.

Tunjuklah mahkota itu pada suami tercinta sahaja, bukannya dikongsi dengan orang lain.

Ada pula yang berkata 'ikut fesyen moden dengan seksi dan terdedah senang pikat lelaki dan dapat kekasih.'

Aduhai remaja, jangan rendahkan martabat kita sebab bimbang nanti lelaki akan mempermainkan anda. Kerap berlaku kes 'dapat manis sepah dibuang' iaitu jadi bahan seronok saja.

Kalau dapat kahwin pun tak lama putus di tengah jalan. Rumah tangga dibina akhirnya tinggal tangga sahaja. Ingatlah, pakaian ahli syurga ialah menutup aurat.

Artikel asal: oleh Mohd Zawawi Yusoh @ http://www.hmetro.com.my

PeTua KecanTIkaN ~

9:32 AM Edit This 0 Comments »

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Petua kecantikan ini khas buat kalian..duhai muslimah mukminah yang disayangi...

*Jadikan gaddhul bashar (menundukkan pandangan) sebagai celak batin, nescaya ia akan jernih.

*Pergunakan lipstik kejujuran sebagai pewarna bibir, nescaya ia akan merekah dan mempersona.

*Pakailah istighfar sebagai sabun, pasti ia akan melenyapkan kotoran noda, dosa, dan maksiat dari hati dan badanmu.

*Rawatlah rambut anda dengan perlindungan jilbab, pasti ia sihat dan semakin cantik.

*Hiasilah wajah anda dengan bedak air wudhuk, nescaya ia akan bercahaya dan berseri.

*Pakailah perfumeakhlak karimah, pasti ia berbau semerbak di dunia dan akhirat.

*Hiasi tangan anda dengan cincin ukhuwah, pasti anda akan selamat dan banyak rezeki.

*Hiasi leher anda dengan kalung kesucian, pasti ia adalah sebaik-baik perhiasan.

*Makan makanan yang halal dan baik serta jauh dari syubhat.

*Menghindari dari bentuk-bentuk kejahiliahan, baik secara terang-terangan ataupun secara sembunyi-sembunyi.

p/s : Petua ini hanya untuk muslimah ya! ( ~_^)

~ MajLiS DisKusi ILmU ~

11:53 PM Edit This 0 Comments »

p/s : Yuran Pendaftaran RM3 iaitu untuk makanan...dan tempat akan diadakan di Surau Al-Ghazali sahaja..bukan di dewan kirkby..segala kesulitan adalah amat dikesali..

~ KataKaN TidaK! ~

10:33 AM Edit This 0 Comments »

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Saya menyeru kepada anda wahai muslimah untuk berkata tidak kepada:
1. Pakaian yang sempit dan jarang.
2. Pakaian yang mendedah aurat di tepi pantai, di majlis-majlis keramaian dan di mana-mana sahaja.
3. Wangi-wangian dan solekan.
4. Seluar sendat yang menyakitkan mata dan hati setiap orang yang cemburukan agamanya kerana melihat para gadis memakainya dengan begitu bersahaja tanpa menyedari kesannya terhadap para pemuda.

Saya menyeru anda wahai muslimah untuk memerhatikan diri anda di dalam cermin sebelum anda keluar rumah. Perhatikan dari depan dan belakang. Adakah pakaian anda bertepatan dengan kehendak Allah?
Bagaimana sepatutnya pakaian anda.
1. Hendaklah menutup seluruh badan kecuali muka dan tangan.
2. Tidak jarang. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: Akan ada di kalangan umatku nanti wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang. Kepala mereka seperti bonggol-bonggol unta. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan memperoleh baunya.
3. Tidak sempit. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: Malu dan iman adalah beriringan.
4. Tidak disapu dengan bau-bauan.
5. Pakaian itu sendiri bukan perhiasan. Firman Allah swt (surah al-Nur ayat 31) yang bermaksud: dan janganlah mereka (wanita-wanita yang beriman) memperlihatkan perhiasan mereka.
Wahai muslimah! Wahai mukminah! Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: Sesiapa yang meninggalkan sesuatu kerana Allah, nescaya Allah akan menggantikannya dengan yang lebih baik. Wahai wanita yang tidak memperlihatkan perhiasannya kerana Allah sedang dia difitrahkan suka kepada perhiasan, dengarlah sabda Rasulullah saw berkenaan sifat wanita-wanita dunia di dalam syurga kelak.

Sabda baginda saw yang bermaksud: Dengan sembahyang, puasa dan ibadat mereka kepada Allah swt, Allah menghamparkan cahaya di atas muka mereka dan memakaikan sutera berwarna putih, pakaian berwarna hijau dan perhiasan berwarna kuning di atas badan mereka. Dapur mereka adalah mutiara dan sikat mereka adalah emas.

Mereka berkata: Kami kekal abadi dan tidak akan mati. Kami penuh kelembutan, sama sekali tidak menyusahkan. Kami akan terus muda, tidak tua selama-lamanya. Ketahuilah bahawa kami sentiasa reda, tidak marah sama sekali. Bergembiralah bagi sesiapa yang memiliki kami dan kami memiliki mereka. (Riwayat al-Tirmizi)

~ WaNita IBaraT poHoN seMalu ~

6:20 PM Edit This 0 Comments »

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alkisah....

Pada suatu hari, Rasulullah s. a. w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r. a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut.

Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

p/s: Ambillah pengajaran dari pohon semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

~ 9 Siti..CoNtohiLaH..! ~

10:28 PM Edit This 0 Comments »

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Antara 9 Siti yang patut dicontohi:

1) Siti Khadijah - Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah - Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti A'ishah - Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar - Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam - Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah - Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah - Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah - Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah - Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

~ PeNcaRiaN ~

7:04 PM Edit This 0 Comments »

Suatu kisah
Kisah benar belaka
Seorang lelaki dalam pencarian
Sudah bertahun bersendirian
Muncullah calon yang entah ke berapa
Seperti biasa
Diusulkan emak tersayang.

Bukan calang-calang calon yang diusulkan
Lulusan Universiti Timur Tengah
Menghormati permintaan si anak
Yang mahu pendamping solehah
Sejuk mata memandang
Bertudung labuh litup
Pandai berbahasa arab
Pendek kata tip top!

Si lelaki mulakan istikharah
Hampir berminggu
Setelah meneliti gambar
Mula mencari maklumat
Sebelum sesi taaruf bermula.

Si lelaki menjenguk ke web
Laman Friendster kegemaran ramai
Yang kini mungkin Facebook
Satu keajaiban!
Si lelaki tidak pernah punya web sedemikian
Tiba-tiba tergamam
Si gadis masih anggun
Bertudung labuh litup
Bergambar sakan
Aduh!

Terkejut bukan kepalang
Calon solehah direject tanpa ihsan
Bukan menjadi pilihan
Hanya kerana gambar ditayang
Pemilihan terbatal.

Dia pernah berkata
perempuan cantik itu
tidak memandang dan tidak dipandang
perempuan cantik itu
tidak mengenali dan tidak dikenali
perempuan cantik itu
tidak menegur dan tidak ditegur.

Akhirnya
Solehah kempunan calon soleh
Merayu untuk dipertimbangkan
Tapi sayang sekali
Si lelaki tetap
tidak berganjak dengan keputusan.

Wahai muslimah
Aku dan kamu
Mari mempelajari, mencontohi
Watak-watak wanita salafussoleh
Sifat, pengorbanan dan perjuangan
mereka
Kerana wanita solehah itu
Lebih baik daripada
seribu lelaki yang tidak soleh.


NOR AZLEEN SHAMSHUDDIN
Kluang, Johor

~Majalah SOLUSI edisi 18~
p/s : cuba renung2kan tak kira muslim mahupun muslimah..

~ Buka Mata Buka MiNDa, Nilai Apa TerSiraT? ~

1:54 PM Edit This 0 Comments »

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah...buat julung-julung kalinya HEWI akan mengadakan tayangan filem. Istimewanya tayangan ini terbuka kepada semua warga IPG Kampus Tuanku Bainun...Tidak kira bangsa dan agama.. Mai pakat-pakat kita meramaikan dewan kirby...

Sama-sama kita buka mata, buka minda nilai apa tersirat...HEWI@ BKS mempersembahkan Children Of Heaven buat santapan mata dan minda semua..jemputlah hadir ye...

Ada satu lagi yang sangat menarik iaitu...ada cabutan bertuah la..huhu so, apa tunggu lagi..jangan lupa ya janji temu kita..hee see u all there..!

~ 30 LaraNGaN UNtuk WaNita ~

8:08 PM Edit This 0 Comments »

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Untuk wanita, 30 larangan

1. Menyambung rambut palsu
2. Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi
3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi
4. Memperlihatkan perhiasan(bersolek) di depan lelaki lain
5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama
6. Membuka rahsia hubungan suami isteri
7. Berpuasa sunat tanpa izin suami
8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami
9. Derhaka kepada suami
10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas
11. Mengingkari kebaikan suami
12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram
13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya
14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram
15. Menyerupai lelaki
16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami
17. Memandang aurat wanita lain
18. Keluar rumah tanpa ada keperluan
19. Masuk permandian awam
20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah
21. Meratapi kematian
22. Berhias atas meninggalnya seseorang
23. Menghantar jenazah
24. Mempercayai dukun dan peramal
25. Menyumpah anak-anak sendiri
26. Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim
27. Menganiaya pembantu
28. Mengganggu jiran
29. Minta cerai kerana suami sakit
30. Minta cerai kerana suami menikah lagi

~ 19 HadiS RasuluLLah meNGeNai WaNita ~

9:34 AM Edit This 0 Comments »

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

19 Hadis Rasulullah SAW mengenai wanita

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

~ PeNGakuaN Lelaki TerHadaP WaNita ~

10:43 PM Edit This 0 Comments »

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Kami sulit menahan pandangan mata kami
ketika melihat kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan Allah
kecantikan dan postur yand ideal,
kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian,
kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian
dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung
yang membentang.

Kami sulit menahan pendengaran kami
ketika berbicara dengan kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah
suara yang merdu dengan irama yang mendayu
kerana itu tegaskanlah suara kalian
tatkala berbicara di berhadapan dengan kami
dan berbicaralah seperlunya sahaja.

Kami juga sulit menahan
bayangan-bayangan hati kalian,
ketika kalian dapat menjadi
tempat untuk dicurahkan segala isi hati kami,
waktu luang kami kadangkala akan sering terisi
oleh bayangan-bayangan kalian,
kerana itu janganlah kalian membiarkan kami
menjadi curahan hati bagi kalia

Kami tahu kami insan lemah
bila harus berhadapan dengan kalian,
kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh
hanya dengan senyum kalian,
hati kami akan bergetar
ketika mendengar dan melihat kalian menangis.

Sungguh ALLAH telah memberikan amanah terindah kepada kalian,
maka jagalah amanah itu
jangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan-Nya.

Maha Besar dan Maha Suci Allah yang tahu
akan kelemahan hati kami ini,
hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-NYA,
kalian akan menjadi halal bagi kami.

"LAlu apa yang telah aku lakukan selama ini..YA Rabb,
ampunilah daku.
Untuk setiap pandangan yang tak terjaga,
untuk iman yang tak dipelihara,
lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab,

Ya Rabb, Engkaulah mengawasi kami setiap detik,
kerana kasih sayangMu ya Allah kepada kami,
Engkau perintahkanlah malaikan silih berganti
menemani kami siang dan malam
agar iman kami dapat dijaga...

~ Yang bernama Lelaki ~

~ KeAyuaN SemuLa JadimU ~

8:41 PM Edit This 0 Comments »

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....

Keayuan semulajadimu, wahai saudariku,
sebenarnya lebih menarik daripada matahari.
Sedangkan kewangian budi pekertimu,
adalah lebih wangi daripada minyak kasturi.

Dengan kerendahan hatimu,
anda lebih tinggi daripada bulan,
dan dengan kelembutanmu,
anda lebih halus daripada hujan renyai-renyai..
kerana itu jagalah kecantikan itu dengan keimanan,
kerelaanmu serta iffah dan maruah.

Oleh itu wahai saudariku,
perhiasan yang sebenarnya bukanlah emas atau perak,
tapi solat dua rakaat menjelang subuh,
dahagamu di tengah hari yang panas kerana puasa,
derma yang tersembunyi yang hanya diketahui Allah,
air mata taubat,
sujud yang panjang atas sejadah,
dan malu kepada Allah ketika didorong bisikan nista dan ajakan syaitan.

Pakailah pakaian taqwa,
anda akan menjadi wanita tercantik di dunia,
sekalipun bajumu koyak. Kenakanlah mantel kesantunan,
supaya anda menjadi wanita tercantik di dunia,
meskipun anda jalan berkaki ayam.

~ MuslimaH tak GuNa ~

12:21 AM Edit This 0 Comments »

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Daku percaya bahawa apabila kalian mula-mula membaca tajuknya, dan membacanya mengikut intonasi yang betul, anda tersangat tidak bersetuju. Sebelum kalian mengatakan rasa tidak puas hati itu, eloklah dahulu bertenang dan baca dengan teliti semua fakta yang dikemukakan.

1.Muslimah itu tak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. Muslimah memang tak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.

3. Muslimah memang tak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.

4. Muslimah memang tak guna kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Muslimah tak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12, surah al-Hujurat.

6. Muslimah memang tak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya (tudung siput babi). Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-anaknya.

7. Muslimah memang tak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya memujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini"Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik". 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit dlm hati" adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

8. Muslimah memang tak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek(tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya.

9. Muslimah tak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar,dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yg terbaik.

oleh Pengerusi HEWI,
14 April 2010 M / 29 Rabiul Akhir 1431 H

~ BeriTaHu Pada MuSLImaH ~

4:48 PM Edit This 0 Comments »

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

~Beritahu Pada Muslimah
(Ibu-Kakak-Adik-Sahabat-Teman-Masyarakat Yang Kamu Sayang)~

Beritahu pada muslimah itu dirinya ibarat kaca; disentuh terguris, dihantuk serpih, dihempap berkecai.

Beritahu pada muslimah itu jaga tutur kata; cakap tinggi nanti dibenci, terlalu rendah dipijak pula, cakap sombong mengundang lawan, hati-hati meluah kata, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.

Beritahu pada muslimah itu jaga tingkah laku; harga diri letaknya di situ, jangan meluru ikut telunjuk nafsu, sesekali tersilap langkah, akan dihukum selamanya, keturunan dicerca payah, menyesal kemudian bukan faedah.

Beritahu pada muslimah itu jaga pakaian; ia cermin peribadi, juga lambang bangsa, di mana dan dalam keadaan macam manapun, biar orang kenal...Dia orang ISLAM.

Beritahu pada muslimah itu simpan secebis malu; kerana malu itu, sebahagian daripada iman..

Oleh Pengerusi Hewi,
03 April 2010/ 18 Rabi'ul Akhir 1431

~ LeTak KecaNTikaN WaNiTa ~

2:21 PM Edit This 0 Comments »

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah...baru sebentar tadi Fiqh Nisa' dapat diteruskan lagi dengan tajuk yang sangat penting untuk dibincangkan iaitu munakahat di surau Al-Ghazali...Syukran Jazilan diucapkan kepada guru pelatih muslimat IPG Kampus Tuanku Bainun yang hadir tengah hari tadi. Alhamdulillah..semoga kita sama2 terus thabat dalam jalan yang diredhaiNYa...

Seribu kemaafan dipinta kerana sudah lama tidak berkongsi apa-apa bersama kalian dek kerana kengkangan beberapa perkara. Namun insyaAllah, HEWI akan berusaha untuk terus aktif di laman ini. Kami amat mengharapkan tembakan-tembakan doa dari kalian moga dipermudahkan segala urusana kami...

Buat entri kali ini..sedikit perkongsian buat semua...

LETAK KECANTIKAN WANITA.

Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkanlah kata-kata kebaikan.
Untuk mendapatkan mata yang indah,carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.

Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing,
bahagikanlah makanan dengan mereka yang kelaparan.
Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.

Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan,dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian.

Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain. Perlu
senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali,dan diampuni.

Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda.Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terulur.

Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.

Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakan, bukan pada bentuk tubuh, atau cara dia menyisir rambutnya.

Kecantikan wanita terdapat pada mata, cara dia
memandang dunia. Kerana di matanya terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.

Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajah. Tetapi pada kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.


Oleh Pengerusi Hewi,
02 April 2010/ 17 Rabi'ul Akhir 1431

~ KasiHnya AllaH pada WaNiTa ~

10:16 PM Edit This 0 Comments »

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Duhai wanita, renung-renungkan…

“Keistimewaan yang Tuhan berikan kepada wanita terlalu banyaknya”. “Kasihnya Tuhan kepada wanita!” Itulah kata-kata yang paling mudah digunakan untuk menggambarkan ‘layanan’ istimewa terhadap wanita dalam Islam. Sesungguhnya, tidak akan ada mana-mana ajaran, ideologi, isme atau agama lain yang dapat melayan wanita dengan sebegitu baik sepertimana Islam melayan wanitanya. Malah, kalau bergabung pun kesemua wanita yang cerdik pandai, berharta dan berkuasa di seluruh dunia ini untuk menambah hak dan pengiktirafan buat mereka, mereka pasti tidak akan mencapai taraf kemuliaan serta layanan baik yang Allah SWT tawarkan buat seorang wanita di dalam Islam.

Namun, ramai wanita yang tidak memahami hal ini. Lantaran itu kebanyakan mereka tertipu oleh nafsu sendiri dan merasa terkongkong dengan amalan atau larangan tertentu yang digunakan ke atas wanita Islam seperti amalan menutup aurat, larangan bergaul bebas, poligami, larangan wanita menjadi pemimpin dan lain-lain lagi. Mereka cukup takut dan gerun dengan kesemua amalan atau larangan yang dianggap sangat menindas wanita. Walhal kalau dikaji setiap satu amalan atau larangan itu, mudah sahaja untuk melihat hikmah dan kebaikannya kepada kaum wanita itu sendiri.

Lalu kita melihat apa yang diperjuangkan oleh pejuang-pejuang hak wanita ialah mereka kalau boleh tidak mahu sebarang sekatan dikenakan ke atas mereka. Tentulah ini tidak munasabah. Sedangkan manusia sendiri banyak membuat peraturan-peraturan serta larangan itu dan ini, atas alasan hendak menjaga keselamatan diri atau masyarakat awam.

Contohnya, dalam soal lalu-lintas, terlalu banyak peraturan dan larangan yang manusia buat seperti jangan memandu melebihi had laju, tidak boleh letak kereta di garisan kuning, mesti berhenti apabila ada isyarat lampu merah, mesti hidupkan lampu selepas pukul 7 malam dan berbagai-bagai lagi. Kalau dalam bidang sekecil ini pun perlu banyak peraturan dan larangan, sudah tentulah dalam bidang kehidupan lebih memerlukan lagi, dan lebih-lebih lagilah kalau skopnya itu jauh lebih luas iaitu untuk keselamatan dunia dan Akhirat.

Allah sebenarnya sangat kasih dan memuliakan kaum wanita. Segala suruhan dan larangan yang Tuhan kenakan ke atas kaum wanita tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memastikan keselamatan dirinya dan masyarakat dan sekali-kali bukan untuk menyusahkan mereka. Tetapi, atas hujah dan alasan apa dakwaan ini dibuat? Mari kita lihat satu persatu pengiktirafan yang diberikan oleh Tuhan kepada wanita, sama ada setara langsung atau pun tidak.

i) Gelaran bagi `isteri’ di dalam Al Quran
Perkataan yang Allah SWT gunakan di dalam Al Quran untuk menunjukkan suami atau isteri adalah perkataan yang sama, sedangkan dalam bahasa- bahasa lain, perkataan untuk suami dan perkataan untuk isteri menggunakan dua perkataan yang berbeza. Misalnya, dalam bahasa Inggeris, perkataan untuk suami ialah `husband’ manakala perkataan untuk isteri ialah `wife’. Sementara dalam bahasa Perancis pula, perkataan untuk suami ialah `mari’ manakala perkataan `femme’ untuk isteri.

Tetapi di dalam Al Quran, suami dan isteri tidak disebut dua perkataan yang berbeza `zaujuh’ dan `zaujati’. Hanya satu perkataan yang digunakan untuk kedua-duanya iaitu `zaujuh’ yang bermakna `pasangan’. Islam melihat suami dan isteri adalah pasangan, penutup dan juga pelindung buat yang lain. Mereka dilihat sebagai sepasang, bukan berasingan. Sudah tentulah ini bermakna yang kaum lelaki di dalam Islam tidak dianggap lebih mulia daripada kaum wanitanya. Apabila kita mengatakan sepasang kaca mata, sepasang stokin atau sepasang baju, tentulah kita menganggap mereka setara dan tidak dapat dipisahkan di antara satu sama lain. Dan sudah tentulah kita tidak menganggap yang stokin kanan lebih hebat daripada stokin kiri atau kaca mata kanan lebih baik daripada kaca mata kiri. Begitulah tamsilannya sepasang suami isteri di dalam Islam seperti yang tercatat di dalam Al Quran.

Namun, gelaran zaujuh ini hanya diberikan kepada isteri yang sama beriman. Bagi isteri yang tidak beriman, mereka tidak disebut zaujuh. Contohnya, isteri Nabi Lut dan isteri Nabi Nuh. Di dalam Al Quran, mereka disebut ‘imraah’, kerana isteri sebegini tidak dianggap pelengkap, pelindung atau penutup kepada suaminya.

ii) Pembelaan Rasulullah SAW Terhadap Wanita
Rasulullah SAW ada banyak menyatakan Hadis-Hadis yang menunjukkan betapa wanita itu dimuliakan di dalam Islam. Antaranya:

“Syurga di bawah telapak kaki ibu.” Apakah wanita tidak rasa mulia dengan Hadis ini? Mengapa Rasulullah SAW memilih perkataan “di bawah telapak kaki” dan bukan “di dalam tangan” atau “di sisi” seorang ibu? Sudah tentu ini sangat menggambarkan mulianya seorang wanita di dalam Islam. Seorang yang faham tentu akan sangat memandang mulia, menghormati, membela serta berlumba-lumba untuk berkhidmat dan meng’hamba’kan diri kepada ibunya (dengan syarat segala yang dibuat itu tidak melanggar syariat). Tidakkah beruntung menjadi seorang ibu di dalam Islam? Dia tidak akan terbiar dan dipinggirkan, malah akan sentiasa dibela, dihormati dan dimuliakan oleh anak-anaknya.

“Orang yang paling baik dari antara kamu itu ialah yang paling baik kepada isi rumahnya, dan aku ini orang yang paling baik dari antara kamu kepada isi rumahku.”
“Tidak akan memuliakan perempuan-perempuan melainkan orang yang mulia, dan tidak menghina akan perempuan-perempuan melainkan orang yang hina.”(Hadis riwayat Ibnu `Asakir)
“Bergaullah kamu dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang sopan. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.”

“Janganlah seorang mukmin lelaki membenci kepada seorang (isterinya yang) mukminah, kerana walaupun ada satu perangainya yang lelaki itu tidak suka, tetapi (tentu) ada lain perangainya yang ia suka.” (Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)

Demikianlah hak-hak istimewa seorang wanita yang diberi oleh Islam. Dalam satu masyarakat yang bertaqwa, kaum wanita tidak perlu bimbang yang mereka akan diperleceh, dipermain atau diperkotak-katikkan oleh kaum lelaki, sebaliknya mereka boleh yakin bahawa pihak lelaki akan sentiasa melindungi, menasihati, menegur dan membimbing mereka dengan ikhlas.

iii) Bahagian Tubuh Wanita Dianugerahkan Nama yang Mulia
Dalam tubuh wanita, ada satu bahagian yang diberi nana yang begitu mulia iaitu rahim. Perkataan ini diambil dari nama Tuhan, yang bermaksud `Maha Penyayang’. Sudah tentulah Tuhan tidak akan memberikan nama yang semulia ini kepada sesuatu yang hina di sisi- Nya. Sudah tentu Tuhan akan memilih sesuatu yang mulia juga untuk dianugerahkan nama yang begitu mulia. Tuhan tidak berikan nama yang semulia ini kepada bahagian tubuh lelaki tetapi Dia memberikannya kepada bahagian tubuh wanita. Rahim inilah yang merupakan penghubung kepada makhluk. Di dalam rahimlah, wanita menjaga ciptaanTuhan dan memberi makan kepada apa yang Tuhan ciptakan.

Kaum wanita sepatutnya merasa sangat malu kepada Tuhan kerana memberi penghargaan yang begitu tinggi kepada mereka. Siapa boleh nafikan kepentingan rahim untuk kewujudan manusia? Anugerah rahim kepada wanita sebenarnya sudah cukup untuk membuktikan akan mulianya wanita di sisi Tuhan.

iv) Diberi Pahala yang Berterusan
Wanita disebut `kurang dari sudut agama’, tetapi ini bukan bermaksud yang wanita itu kurang dari sudut iman dan taqwanya. Mereka cuma kurang bersolat ketika datang haid dan nifas. Namun, oleh kerana di waktu-waktu lain mereka sentiasa bersolat, maka sepanjang waktu haid dan nifas itu, Tuhan tetap memberikan juga pahala solat sekiranya mereka dapat bersabar dengan keadaannya yang tidak selesa itu.

Bayangkan seorang wanita yang baru melahirkan anak. Sudahlah digugurkan dosa-dosanya seperti seorang bayi yang baru lahir, diberikan pula pahala solat percuma sepanjang dia dalam keadaan nifas. Dan kalau dia sabar menyusu, memelihara dan melayan kerenah anaknya pula, makin banyaknya pahala yang Tuhan sediakan untuknya.

Subhanallah! Maha Pemurahnya Tuhan kepada wanita. Maha Baiknya Tuhan kepada golongan yang sering dianggap lemah dan terpinggir ini! Kalaulah wanita-wanita pejuang hak asasi itu tahu begini sekali ganjaran- ganjaran yang Tuhan berikan kepada seorang wanita mukminah, pastilah mereka akan meninggalkan perjuangan mereka. Tidak ada apa-apa lagi hak yang perlu diperjuangkan oleh seorang wanita mukminah. Yang Tuhan tawarkan itu pun sudah terlampau banyaknya.

Oleh Pengerusi Hewi,
26 Februari 2010 / 12 Rabiul Awal 1431.

~ TeRus MeNGorak LaNGkaH ~

6:22 PM Edit This 0 Comments »
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah...pertama dan selamanya marilah kita panjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana masih di pilih antara hambaNya untuk terus menikmati nikmat iman dan islam kurnianNya. Selawat dan salam buat Rasulullah SAW yang dirindui, para sahabat, ahli keluarga baginda dan seterusnya tabi'-tabi'in.

Sebagaimana yang kalian sedia maklum, HEWI baru sahaja ditubuhkan. Jadi, tidak mustahil jika ada dalam kalangan guru pelatih di IPG Kampus Tuanku Bainun yang masih tidak mengenali atau mengetahui akan kewujudan HEWI.

Atas kesedaran itulah, blog ini dibina agar HEWI lebih dikenali dan seterusnya melicinkan lagi gerak kerja HEWI pada masa akan datang. Selain itu, sebarang perkongsian atau sebarang komen mahupun cadangan adalah amat dialu-alukan. Sehubungan dengan itu kalian boleh menghubungi kami di hewi_bks@hotmail.my. Kalian juga boleh add kami di ym kalian, khasnya kepada guru pelatih muslimah di IPG Kampus Tuanku bainun dan amnya muslimah-muslimah lainya walau di mana jua kalian berada.

Buat pertama kalinya, HEWI sekali lagi mengorak langkah terus ke hadapan. HEWI dengan penuh rasa tanggungjawab terus kemas bergerak selangkah demi selangkah dalam usaha menjana fikrah insani, menjulang izzah islami.


Ya, baru-baru ini kami telah mengedarkan sehelai warkah berharga buat setiap kelas guru pelatih muslim di IPG Kampus Tuanku Bainun. Dan sasaran kami tentunya guru pelatih muslimah. Kehadiran warkah tersebut adalah bertujuan untuk memberi ruang dan peluang kepada semua guru pelatih muslimah di IPG Kampus Tuanku Bainun menyatakan cadangan aktiviti dan program yang mereka harapkan daripada HEWI. Ala, wat survey la senang citer..hee

Alhamdulillah, kami dapat respon yang sangat baik. Banyak cadangan aktiviti yang telah kami terima. Tetapi tidak semua cadangan-cadangan tersebut akan kami laksanakan. Namun, majoriti daripadanya akan kami usahakan. InsyaAllah...

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua guru pelatih muslimah di IPG Kampus Tuanku Bainun yang telah memberi kerjasama dan juga sokongan kepada HEWI dengan memberikan usul-usul yang sangat bernas. Ketahuilah, sesungguhnya sokongan daripada kalian amat kami hargai.

oleh Pengerusi Hewi,
14 Februari 2010/ 29 Safar 1431.

~ Suatu PermuLaaN seBuah PerjalaNan ~

12:25 AM Edit This 0 Comments »
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang...

Alhamdulillah...hari ini saya berkesempatan untuk mengupdate blog HEWI ini setelah sekian lama menyepi dek kerana kesibukan yang melanda diri. Hmmm, untuk entri kali ini hanya sedikit perkongsian daripada program pertama HEWI iaitu BICARA WANITA. Bicara wanita kali pertama ini sangat istimewa kerana ia adalah BICARA WANITA BERSAMA PENGARAH iaitu satu slot khusus bersama Pengarah yang kami sayangi Puan Hajah Rohani Bt Ismail.

Pertama kali diadakan, Alhamdulillah mendapat sambutan yang baik. Dan sebenarnya ia merupakan suatu permulaan bagi sebuah perjalanan yang panjang. Ya, HEWi di bawah naungan BKS di IPG Kampus Tuanku Bainun ini baru sahaja ditubuhkan. Belum pun setahun jagung.hee Maka, kami amat butuh kepada bimbingan dan sokongan yang padu daripada pelbagai pihak, termasuklah Ahli BKS sendiri dan Ajk HEWi khususnya serta semua muslimat di IPG Kampus Tuanku Bainun Amnya.

Berikut adalah maklumat program dan sedikit perkongsian...

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar...

Ini dia Pengarah yang kami sayangi...

Masing-masing khusyuk mendengar celoteh dan mutiara-mutiara kata dari insan yang kami sanjungi, terima kasih yang tak terhingga dari kami buat Pengarah tersayang...

Surau Al-Ghazali dibanjiri oleh para pensyarah dan para bakal pendidik...

Sesi soal jawab bersama Pengarah...

Ya Allah, semoga dengan permulaan yang baik ini, kau bukakan jalan-jalan hidayahMU dan Permudahkanlah segalanya dalam perjalanan kami mencari redhaMu. Amin ya Rabb...

Oleh Pengerusi HEWI,
10 Feb 2010/26 safar 1431.

~ TaAruf berSama HEWI ~

2:03 PM Edit This 0 Comments »

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah...rasanya da siap sepenuhnya da blog HEWI ni... just nak touch up sikit kot. Tapi setakat ni cukuplah ia nampak sederhana. Apa yang penting adalah pengisiannya nanti. Moga ia memberi manfaat buat kita semua khususnya yang bergelar muslimah. Amin ya Rabb...

InsyaAllah...buat permulaan Blog HEWI ini akan diselenggara oleh saya sendiri iaitu selaku Pengerusi Lajnah HEWI ini dan juga sahabat seperjuangan saya Habiba selaku Naib Pengerusi.

Oh ya, rasanya lebih manis jika saya memperkenalkan Ahli Jawatankuasa Lajnah Hal Ehwal Wanita Islam, Badan Kebajikan Surau, IPG Kampus Tuanku Bainun terlebih dahulu. Moga Allah ikat hati-hati kita dengan ikatan ukhuwah islamiyah bertunjangkan aqidah yang satu berpaksikan kalimah LAILAHA ILLALLAH. Ayuh kita taaruf sebentar bersama HEWI:

PENGERUSI

FAIRUZAH M. NASHIHIN
(1PISMP PIA/BI/ BA 1)

NAIB PENGERUSI

HABIBA NABIHAH BT. MUSTAFA
( 1PISMP KS/BI/BM 1)

SETIAUSAHA
NURUL WAFAA' BT IMRAN
( 1PISMP PIA/BI/BA 2)

BENDAHARI

NABILATUL HUSNA BT MOHD ZAIN
(1PISMP PIA/BI/BA 1)

AJK

RAUDHAH BINTI SAKRI
( 1PISMP PIA/BI/BA 2)

TEH FAEZAH BINTI ISHAK
( 1PISMP KS/BI/BM 2 )

NURUL NADHIRA BT MAHFUDZ
(1PISMP PJ/PI/PM 1)

SYAHFIERA BT SYAHLAN
(2PPISMP BM/PJ/PSV)

AMALIAH BINTI AZIZ
(2PPISMP PSV/BI/BM)

WAN SUFIYYAH BINTI WAN ZULKIPLI
(2PPISMP (TESL) PENDIDIKAN RENDAH

Ya Allah..bantulah kami dalam setiap gerak kerja kami. Permudahkan segala urusan-urusan kami. Berkatilah setiap usaha-usaha kami ya Rabb...

Oleh Pengerusi HEWI,
30 Januari 2010 M/ 15 Safar 1431 H

~ 1 2 3 CobaaN..CobaaN.. ~

1:48 PM Edit This 0 Comments »
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....

Alhamdulillah...Segala puji bagiMU ya Rabb atas segala nikmat kurniaanMU. Selawat dan salam buat utusan yang mulia Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda, para sahabat dan para tabi'-tabi'in...

Kita merancang Allah juga merancang. Dan sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang. Subhanallah..Maha suci Engkau ya Allah...

Subhanallah...subhanallah...1 2 3...cobaan..cobaan...

Alhamdulillah akhirnya HEWI telah melahirkan blognya sendiri. ( melahirkan? hee boleh laaa). Namun, adalah dimaklumkan bahawa blog ini belum sepenuhnya siap. masih dalam pembinaan...nak upgrade sikit...

Akan tetapi, sebarang komen dan cadangan adalah amat dialu-alukan...

Sekian dahulu..buat entri pertama ini. Moga blog ini menjadi salah satu wasilah kita dalam perjalanan mencari redhaNYa...

Oleh Pengerusi Hewi
28 Januari 2010 M / 13 Safar 1431 H